Keli pernah cuba memelihara kucing berkenaan namun ia tetap kembali ke kubur tuannya.
Keli pernah cuba memelihara kucing berkenaan namun ia tetap kembali ke kubur tuannya.
Kucing ini bermalam di kubur tuannya sejak setahun lalu.
Kucing ini bermalam di kubur tuannya sejak setahun lalu.
Agensi

Jakarta: Seekor kucing yang merindui tuannya tinggal di kubur wanita yang pernah memeliharanya di Kebumen, Jawa Tengah, Indonesia, sejak setahun lalu.

Menurut Daily Mail, seorang penduduk, Keli Keningau Prayitno, berkata dia menyangka kucing itu tidak bertuan dan berasa pelik kerana setiap hari dilihat berada di kubur berkenaan lalu mengikut kucing berkenaan.

“Setiap hari kucing itu meninggalkan kubur berkenaan sejam atau dua, pulang ke rumah tuannya untuk makan makanan yang disediakan anak wanita berkenaan.

“Selepas itu ia kembali ke kubur dan bermalam di sana,” katanya.

Keli pernah membawa pulang kucing itu untuk dipelihara namun ia tetap kembali ke kubur tuannya yang dikenali sebagai Kundari.

“Sudah setahun ia berada di kubur itu, tidak mahu meninggalkan kubur wanita yang pernah memeliharanya.

“Anak Kundari memberinya makan dan minum setiap hari, selepas itu Ia berjalan ke kubur tuannya dan bermalam di situ.

“Sungguh mengharukan,” kata Keli.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 November 2016 @ 7:51 PM