PELE sempat berbicara dengan anaknya melalui panggilan vidoe. FOTO Agensi
PELE sempat berbicara dengan anaknya melalui panggilan vidoe. FOTO Agensi
AFP

Sao Paulo: Legenda bola sepak Brazil, Pele akan dibenarkan keluar dari Unit Rawatan Rapi (ICU) di Sao Paulo selepas menjalani pembedahan kerana dikhuatiri mempunyai ketumbuhan di bahagian kolon, jelas salah seorang anak perempuannya.

Kely Nascimento memuat naik status mengenai tahap kesihatan bapanya di akaun Instagram sambil disertai dengan gambar bapanya yang berusia 80 tahun sedang tersenyum.

"Beliau berada dalam keadaan stabil selepas pembedahan, beliau tidak berasa sakit dan berada pada tahap terbaik.

"Beliau akan dipindahkan ke wad biasa selepas ini dan sehari atau dua hari kemudian dibenarkan untuk keluar hospital.

"Bapa saya sangat kuat dan 'degil'. Beliau dibantu dengan sokongan dan jagaan terbaik pasukan di Hospital (Albert) Einstein dan ucapan yang anda berikan, dan sokongan dari seluruh dunia, beliau akan melaluinya dengan baik.

"Saya mahu mengucapkan terima kasih terhadap keprihatinan dan sokongan menerusi teks, DM dan emel yang anda hantar kepada saya," kata Nely

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 September 2021 @ 3:15 PM