KUCING yang setia ‘menunggu’ tuannya. - MailOnline
KUCING yang setia ‘menunggu’ tuannya. - MailOnline
Agensi

Jakarta: Seekor kucing yang terlalu merindui tuannya menghabiskan masa sejak setahun lalu tinggal di kubur orang yang pernah memeliharanya di Kebumen, Jawa Tengah, Indonesia.

Seorang penduduk, Keli Keningau Prayitno berkata, dia cuba mengambil alih memelihara kucing itu dengan membawanya ke rumah, tetapi haiwan itu tetap kembali ke kubur tuannya.

Menurut Keli, kucing berkenaan akan berjalan pulang setiap hari ke rumah bekas tuannya dan diberi makan oleh anak wanita berkenaan sebelum kembali ke kubur.

Walaupun diberi makanan dan air oleh mereka yang lalu lalang, ia tetap enggan meninggalkan kubur berkenaan, sebaliknya akan tidur di situ setiap malam.

“Sudah setahun ia di kubur itu. Ia tidak mahu tinggalkan kubur wanita yang pernah memeliharanya”.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 November 2016 @ 8:52 AM