SAIFUL Lizan (kiri) menunjukkan lokasi pencarian nelayan. FOTO Muhammad Sulaiman
SAIFUL Lizan (kiri) menunjukkan lokasi pencarian nelayan. FOTO Muhammad Sulaiman
Ayusliza Azizan


Pelabuhan Klang: Nelayan hilang selepas ke laut di sekitar perairan Sungai Besar, kira-kira 7 pagi kelmarin.

Kehilangan mangsa, Cheah Kay Kin, 39, disedari abangnya selepas adiknya itu tidak pulang sehingga 9 malam hari sama.

Timbalan Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Wilayah Selatan, Kapten Maritim Saiful Lizan Ibrahim berkata, abang mangsa mencari dan menemui bot mangsa di kedudukan kira-kira lapan batu nautika dari perairan Sungai Besar pada 7.30 pagi semalam.

"Maritim Malaysia daerah Klang menerima panggilan kecemasan seterusnya operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan semalam.

"Sebuah kapal dan bot maritim diarahkan ke lokasi kejadian dan bantuan turut diterima daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), bomba, polis, Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) serta persatuan nelayan kawasan Sekinchan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Saiful Lizan berkata, mangsa dipercayai terjatuh ketika menangkap ikan dan operasi pencarian disambung hari ini bermula jam 7 pagi tadi selepas dihentikan lewat petang semalam akibat cuaca buruk.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 November 2016 @ 4:54 PM