Keadaan eskalator yang rosak di sebuah pusat beli-belah di Pandan Indah. - Foto FALIQ LAJIM
Keadaan eskalator yang rosak di sebuah pusat beli-belah di Pandan Indah. - Foto FALIQ LAJIM
Faliq Lajim


Ampang: Eskalator di sebuah pusat beli-belah di Pandan Indah di sini, yang rosak mengeluarkan bunyi kuat seperti ‘meletup’ yang mengejutkan pengunjung dan pekerja, hari ini.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, tiada sesiapa cedera.

Pekerja yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian seorang lelaki berusia 40-an dikatakan sempat melompat keluar dari eskalator itu ketika ia rosak.

"Saya terdengar bunyi kuat dan bergegas untuk melihat sebelum mendapati beberapa tangga eskalator terkeluar dari tempat asalnya.

"Tiada mangsa cedera akibat kejadian ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Oktober 2016 @ 6:09 PM