SESI rakaman bagi siri Dream Catcher terbitan Screw The Box TV di Los Angeles.
SESI rakaman bagi siri Dream Catcher terbitan Screw The Box TV di Los Angeles.
NIZAM Lee (tengah) bersama rakan.
NIZAM Lee (tengah) bersama rakan.
NIZAM Lee memberi tip mengenai papan selaju di Starbucks Sunway City Ipoh.
NIZAM Lee memberi tip mengenai papan selaju di Starbucks Sunway City Ipoh.
NIZAM Lee memberi tip mengenai papan selaju di Starbucks Sunway City Ipoh.
NIZAM Lee memberi tip mengenai papan selaju di Starbucks Sunway City Ipoh.
Fatin Farhana Japre


Berpusing 360 darjah dari arah depan, belakang, kanan dan kiri selain melompat pada permukaan tidak rata antara teknik sukan ekstrem papan selaju.

Sukan ini bukanlah sesuatu yang baru namun tidak seperti sukan alternatif lain yang hanya bersifat sementara. Hakikatnya sukan papan selaju masih diminati anak muda masa kini dan tak lapuk dek zaman.

Penulis berpeluang menemu bual seorang pemain papan selaju berpengalaman, Shahnizam Mohd Shahrom, 27, atau lebih dikenali dalam kalangan komuniti papan selaju sebagai Nizam Lee.

Nizam Lee dipilih sebagai penceramah jemputan program Gen Y Harian Metro Beanie Talk bersama Starbucks di Starbucks Sunway City Ipoh, Perak bagi edisi ke-3 pada 16 Oktober lalu.

Berkecimpung dalam sukan papan selaju pada usia 12 tahun, Nizam Lee mula fokus terhadap sukan ini apabila tamat tingkatan lima. Namun dia mula dikenali dalam kalangan komuniti papan selaju sejak ditaja oleh Push Skate Shop selama enam tahun pada usia 21 tahun.

“Dalam komuniti kami, jika seseorang pernah ditaja oleh syarikat atau kedai papan selaju individu terbabit akan disanjung tinggi. Selama 10 tahun, kira-kira 14 syarikat yang pernah menaja dan membantu saya mengorak langkah dalam sukan ini.

“Saya sangat meminati sukan ini kerana bebas melakukan segala aksi tanpa risau kritikan orang lain. Jika kita memang minat, jangan risau mengenai berat badan, stamina dan sebagainya. Apa yang penting kita jangan putus asa dan sentiasa bangun apabila jatuh,” katanya.

Anak kelahiran Selangor ini boleh dikira bertuah kerana pernah dijemput bermain papan selaju di The Berrics, Los Angeles kepunyaan pemain papan selaju profesional antarabangsa iaitu Steve Berra dan Eric Koston pada tahun 2014.

Sekali gus ditawarkan bermain papan selaju dirakam bagi siri Dream Catcher terbitan Screw The Box TV bersama DC Shoes Malaysia.

Malangnya, semasa sesi rakaman Nizam Lee mengalami kecederaan pada bahagian kaki dan menyebabkan dia terpaksa berehat dua minggu sebelum menyambung semula rakaman terbabit.

Namun siapa sangka Nizam Lee yang aktif dan lasak ini sebenarnya pembuat kek. Berkelulusan Diploma Pastri dari Malaysian Institute of Baking, Petaling Jaya, Selangor, dia aktif berniaga dan menerima tempahan kek secara dalam talian.

“Sudah tiga tahun saya berniaga kek secara dalam talian selain membekalkannya di kedai kek sekitar Selangor. Kebiasaannya saya akan membuat kek dari pagi hingga petang dan kemudian keluar bermain papan selaju bersama rakan di Seksyen 13, Shah Alam.

“Saya lebih gemar bermain di jalanan berbanding di ‘skate park’. Ini kerana saya rasa bebas dan pergerakan lebih mencabar,” kata anak kedua daripada tiga beradik ini.

Nizam Lee turut dikenali menerusi video ‘skate’ berdurasi seminit yang dimuat naik di YouTube (Nizam Lee).

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Oktober 2016 @ 5:00 AM