Muffin Ayam
Muffin Ayam
Muffin Ayam bersama kopi
Muffin Ayam bersama kopi
McDonald's

Kadang-kadang kita tidak sedar, ada individu yang melengkapkan hari kita pada waktu pagi ketika memulakan rutin hidup setiap hari.

Antaranya, guru dan pemandu bas. Perjalanan hidup kita mungkin kurang lengkap tanpa golongan pendidik dan pemandu pengangkutan awam ini.

Sedar jasa mereka kurang diketengahkan, McDonald's mengambil inisiatif menjalankan kempen menghargai dua golongan ini menerusi beberapa siri video.

McDonald's ingin menekankan kepentingan pengambilan sarapan setiap hari sebelum memulakan hari yang bakal menanti.

Justeru, kempen Hari Sarapan Kebangsaan yang memasuki tahun keempat penganjurannya akan dilancarkan di 230 restoran McDonald's yang menyediakan sarapan pagi pada 24 Oktober ini.

Pada hari itu, 1,000 pelanggan pertama restoran terpilih itu akan mendapat Mufin Ayam percuma dari 7 hingga 10 pagi.

Pada keselurahannya, McDonald’s akan memberikan sejumlah 230,000 Muffin Ayam percuma.

Sesuai dengan tema kempen, 'Senang pagi-pagi' McDonald's menawarkan sarapan yang mudah dan enak tetapi pasti menjadikan hari kita lebih ceria.

Tak cukup dengan itu, seorang pelanggan bertuah dari setiap restoran yang menyediakan sarapan pagi , berpeluang untuk menenangi ‘Golden Muffin.’ Pemenang Golden Muffin akan menerima sijil hadiah baucer McD bernilai RM200.

Ayuh ke McDonald’s pada 24 Oktober ini. Untuk maklumat lanjut, layari www.mcdonalds.com.my.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Oktober 2016 @ 9:23 AM