MAS Imran (kiri) menyampaikan sumbangan barangan keperluan kepada keluarga Azmi di Pasaraya Econsave, Taman Daya, Johor Bahru.
MAS Imran (kiri) menyampaikan sumbangan barangan keperluan kepada keluarga Azmi di Pasaraya Econsave, Taman Daya, Johor Bahru.
Mary Victoria Dass


Johor Bahru: “Saya letih kerana hanya mampu tidur tiga jam sehari sejak seminggu lalu berikutan bekerja di kedai kasut di Pandan Up Town dari jam 8 malam hingga 2.30 pagi,” kata pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Majidee Baru 2, Anis Hanani, 15, yang tinggal di Taman Sri Pandan di sini semalam.

Anis berkata, selepas tamat peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dia mengambil keputusan bekerja secara sambilan demi meringankan beban keluarga selepas bapanya hilang upaya untuk bekerja sejak tiga bulan lalu.

Anak ketiga daripada enam beradik itu berkata, dia tidak menolak tawaran bekerja pada waktu malam memandangkan premis perniagaan berkenaan terletak berhampiran kediamannya dan memudahkan berulang-alik dengan berjalan kaki sejauh dua kilometer.

Menurutnya, pengalaman bekerja banyak mendidiknya akan erti hidup berdikari selain bersyukur kerana mampu meringankan beban keluarga sebaik menerima gaji pertamanya pada awal bulan depan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Oktober 2016 @ 7:51 AM