Oleh Maiamalina Mohamed Amin


Tanah Merah: Lelaki yang hanyut dibawa arus deras ketika sedang memukat ikan di Kampung Kubang Rusa, Bukit Gading, Tanah Merah ditemui tersangkut di celah pokok oleh penduduk kampung, 2 pagi tadi.

Mohd Isa Hamad, 40, yang dipercayai tergelincir ditemui tidak jauh dari kawasan dia memasang pukat.

Mayatnya kemudian dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk bedah siasat.

Mohd Isa dipercayai mahu mengambil pukat yang dipasangnya untuk melihat hasil, namun tergelincir dan hanyut di bawa arus deras sungai, 5.30 petang semalam.

Seorang rakan yang bersamanya, cuba menyelamatkan mangsa tetapi gagal.

Difahamkan, kegiatan memukat ikan menjadi aktiviti sampingan penduduk kampung ketika musim banjir.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Disember 2014 @ 4:19 PM