AZIH bersalaman dengan wakil agensi di bawah CUEPACS. FOTO Mohd Yusni Ariffin
AZIH bersalaman dengan wakil agensi di bawah CUEPACS. FOTO Mohd Yusni Ariffin
Mohd Firdaus Ibrahim


Kuala Lumpur: Bagi mengatasi ancaman tonto dan gengster, Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CEUPACS) menggesa kerajaan memberikan kuasa menahan dan mendakwa individu mahupun kumpulan yang menghalang tugas penjawat awam kepada semua agensi penguatkuasa.

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, penurunan kuasa kepada semua agensi penguatkuasa mampu mengekang ancaman berkenaan daripada terus berlaku.

"Semua agensi penguatkuasa seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan lain-lain agensi tidak mempunyai kuasa berkenaan. Jadi, tonto mahupun gengster tanpa rasa takut terus mengekori dan mengancam serta menghalang anggota penguatkuasa melakukan tugas," katanya di pada sidang media di Wisma CEUPACS di sini, hari ini.

Azih berkata, pihaknya juga berharap kerajaan akan menyemak semula peruntukan undang-undang dengan mengenakan penalti lebih tinggi kepada ahli tonto ataupun gengster yang menghalang tugas penjawat awam.

"Penalti sekarang terlalu rendah, maksimum RM2,000. Sudah tentu mereka (tonto) boleh bayar," katanya.

Gambar/video Yusni Ariffin

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Oktober 2016 @ 7:30 PM