RAJA Bhumibol Adulyadej pada 9 Jun 2006. FOTO AP
RAJA Bhumibol Adulyadej pada 9 Jun 2006. FOTO AP
Reuters

Bangkok: Raja Thailand, Bhumibol Adulyadej, monarki paling lama memerintah di dunia, mangkat di hospital di sini, hari ini.

Kenyataan yang dikeluarkan pihak istana tidak memberi sebab kematiannya.

Bhumibol berusia 88 tahun.

“Raja Bhumbol meninggal dunia di Hospital Siriraj pada jam 15.52 petang (4.52 petang waktu Malaysia),” menurut kenyataan itu.

Anaknya, Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn, 63, dijangka ditabalkan menjadi raja baru.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Oktober 2016 @ 8:18 PM