DUA penduduk Thai dengan gambar Bhumibol menyertai acara keagamaan di luar Hospital Sirira di Bangkok, semalam.
DUA penduduk Thai dengan gambar Bhumibol menyertai acara keagamaan di luar Hospital Sirira di Bangkok, semalam.

Bangkok: Raja Thai dilapor semakin pulih selepas menjalani pembedahan saluran arteri kelmarin.

Raja Bhumibol Adulyadej, monarki paling lama bertakhta di dunia, menjalani rawatan kerana pelbagai penyakit sepanjang setahun dimasukkan di hospital di bandar raya ini.

Kali terakhir dia dilihat di khalayak ramai ialah pada 11 Januari, apabila dia menghabiskan masa beberapa jam melawat istananya di Bangkok.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan istana, degupan jantung, pernafasan dan tekanan darah raja itu normal sementara elektrodiagram menunjukkan bekalan darah ke jantungnya semakin meningkat.

Bhumibol yang menyambut ulang tahun ke-70 dia menaiki takhta minggu lalu dilihat sebagai simbol penyatuan rakyat negara itu yang sejak sekian lama berdepan dengan pergolakan politik.

Dia terpaksa campur tangan beberapa kali apabila keadaan mengancam menjerumuskan Thailand ke kancah krisis. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Jun 2016 @ 7:34 AM