KUCHING 14 MAY 2015 (NST)/(KCH259J) BH/(KCM951S) HM.Beberapa kenamaan negeri serta ahli politik termasuk yang berjawatan dalam Kabinet negeri yang ada kaitan dengan syarikat pembalakan yang akaunya dibekukan akan dipanggil memberi keterangan dalam masa terdekat bagi membantu siasatan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Cawangan Sarawak (SPRM).NSTP/NADIM BOKHARI

BERNAMA

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan klip video memaparkan seorang dipukul sekumpulan lelaki, membabitkan pegawainya.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata SPRM sudah buat laporan polis berhubung klip video yang tersebar di media sosial di Johor Bahru, hari ini.

"SPRM memandang berat perbuatan segelintir pihak yang cuba memburukkan imej SPRM di mata masyarakat yang seolah-olah cuba melaga-lagakan SPRM dengan polis.

"Kita harap orang ramai tidak menyebarkan video itu kerana ia boleh mengelirukan masyarakat," katanya dalam kenyataan di sini.

Video 39 saat yang dipercayai berlaku di sebuah stesen minyak di Johor itu tersebar di media sosial kononnya membabitkan kes penahanan anggota polis oleh SPRM Johor.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Oktober 2016 @ 5:14 PM