Janin dianggar berusia antara lima hingga tujuh bulan ditemui berbalut tisu tandas.
Janin dianggar berusia antara lima hingga tujuh bulan ditemui berbalut tisu tandas.
AFP

Jakarta: Satu janin ditemui dalam tandas pesawat Qatar Airways yang tiba di Indonesia dari Doha.

Setaakat ini, seorang penumpang wanita bekerja sebagai pembantu rumah di negara Arab dibawa ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan.

Dalam kejadian Ahad lalu, seorang pekerja pembersih terkejut menemui bayi yang baru dilahirkan itu dalam tandas selepas pesawat mendarat di Jakarta.

Jurucakap polis lapangan terbang, Endang Sutrisna berkata, janin itu dianggar berusia antara lima hingga tujuh bulan dan ketika ditemui, ia berbalut tisu tandas.

Setakat ini, polis menghantar seorang penumpang wanita yang bekerja sebagai pembantu rumah di negara Arab untuk pemeriksaan kesihatan sebelum dia dipindahkan ke sebuah hospital polis di Jakarta Timur.

Namun polis enggan menyatakan sama ada wanita itu ada kaitan dengan penemuan janin berkenaan atau tidak.

“Dia akan disoal siasat selepas doktor mengesahkan dia sihat untuk disoal siasat,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Oktober 2016 @ 7:48 PM