Laporan Harian Metro hari ini.
Laporan Harian Metro hari ini.
Siti Nor Hidayatidayu Razali


Kota Bharu: Polis sudah mengenal pasti seorang tonto lelaki berusia 30-an yang terbabit merempuh kenderaan pegawai kastam hingga menyebabkan kematian seorang pegawai kanan wanita, Jumaat lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, lelaki itu bersama tiga rakannya dipercayai sudah melarikan diri ke negara jiran.

"Bagaimanapun, kita masih lagi mengumpulkan maklumat untuk mengenal pasti kesemua tonto berkenaan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, di sini, hari ini.

Harian Metro melaporkan, seorang pegawai kanan kastam cawangan Rantau Panjang, Anisah Ali, 54, meninggal dunia pada 11.50 malam kelmarin selepas pacuan empat roda yang dinaiki bersama dua rakan dirempuh kenderaan tonto Jumaat lalu.

Akibat kemalangan itu, mangsa yang mengalami kecederaan dalaman dan komplikasi usus meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Oktober 2016 @ 3:22 PM