PENGHUNI pusat jagaan orang tua dipindahkan. FOTO Muhammad Zuhairi Zuber
PENGHUNI pusat jagaan orang tua dipindahkan. FOTO Muhammad Zuhairi Zuber
Muhamaad Razis Ismail


Kota Bharu: Pusat Jagaan Orang Tua-Tua All Mighty Old Folks Home di Klebang, Melaka yang menjadi viral di laman sosial susulan seorang warga emas ditampar pengusahanya dilarang beroperasi serta-merta.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, tindakan itu diambil susulan pusat jagaan orang tua itu tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Katanya, pengusaha juga didapati tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh JKM.

"Pusat jagaan itu kita arahkan tutup serta-merta operasinya kerana tidak berdaftar dengan JKM dan tidak mengikut SOP yang ditetapkan.

"Penghuni pusat jagaan itu sudah dipindahkan ke Rumah Seri Kenangan Cheng dan diambil oleh waris mereka.

"Sehubungan itu, saya nasihatkan supaya pusat jagaan orang tua perlu berdaftar dengan JKM untuk mengelakkan kejadian sama berulang kerana kita memiliki SOP yang perlu dipatuhi," katanya dalam sidang media selepas melawat Depo Bencana, Pengkalan Chepa di sini, tadi.

Keterangan gambar

ROHANI memeriksa barang keperluan persiapan untuk menghadapi bencana banjir. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Oktober 2016 @ 7:02 PM