PENGHUNI Pusat Jagaan All Mighty Old Folks Home dipindahkan ke Rumah Seri Kenangan Cheng berikutan arahan penutupan Pusat Jagaan All Mighty Old Folks Home selama lima hari di Taman May Fair, Klebang. FOTO Muhammad Zuhairi Zuber
PENGHUNI Pusat Jagaan All Mighty Old Folks Home dipindahkan ke Rumah Seri Kenangan Cheng berikutan arahan penutupan Pusat Jagaan All Mighty Old Folks Home selama lima hari di Taman May Fair, Klebang. FOTO Muhammad Zuhairi Zuber
Mohd Hilmie Hussin


Melaka: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kini melakukan proses memindahkan 18 penghuni Pusat Jagaan Orang Tua-Tua All Mighty Old Folks Home ke Rumah Seri Kenangan Cheng.

Pengarah JKM negeri Burhanuddin Bachik berkata,seorang daripada penghuni pusat jagaan terbabit sudah diambil keluarga.

"Seorang daripadanya iaitu wanita warga emas 70-an yang menjadi viral ditampar, sudah dibawa pulang oleh waris.

"Manakala 17 lagi terdiri daripada 16 lelaki dan seorang wanita akan dibawa menaiki bas JKM dan mereka yang terlantar menaiki ambulans untuk dihantar ke Rumah Seri Kanangan (RSK) di Cheng," katanya.

Memurut Burhanuddin, penghuni yang dipindahkan ini hanya ditempatkan sementara di RSK selama tiga bulan sementara menunggu waris mengambil mereka dan bagi yang tidak mempunyai waris, akan didaftarkan di pusat terbabit.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka, Tengah Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah mengesahkan pengusaha pusat jagaan persendirian terbabit yang memukul wanita warga emas dalam video diviralkan di laman sosial, sudah ditahan jam 1 pagi tadi.

"Lelaki berusia 56 tahun terbabit ditahan mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan iaitu membahayakan nyawa atau kecederaan kepada orang lain.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Oktober 2016 @ 4:25 PM