Azizan  (kanan) menerima kunci daripada pemilik asal bangunan Nagafuchi- FOTO ihsan Azizan Mohamad
Azizan (kanan) menerima kunci daripada pemilik asal bangunan Nagafuchi- FOTO ihsan Azizan Mohamad
Amir Abd Hamid


Kuala Lumpur: Urusan pembelian bangunan lima tingkat untuk dijadikan kompleks masjid dan pusat komuniti Islam di Chiba, Jepun berjaya diuruskan dengan sempurna sebentar tadi dengan pembayaran sebanyak 49,813,282 Yen (kira-kira RM2 juta).

Pengerusi Chiba Islamic Cultural Center (CICC) Azizan Mohamad berkata, kutipan dana untuk pembelian bangunan berkenaan sudah bermula 5 Februari lalu.

Menurutnya, hebahan untuk memohon dana bagi membeli bangunan berkenaan sudah dilakukan pihaknya menerusi ruangan khas laman sosial Facebook (FB) Selamatkan Masjid Nishi - Chiba.

“€œAlhamdulillah kita berjaya membeli bangunan ini. Diharapkan syiar Islam di bumi Jepun akan terus mekar dan berkembang khususnya di Chiba ini. Ini satu harapan baru kepada kami.

“€œMajlis penyerahan kunci oleh pemilik bangunan kepada CICC adalah kejayaan umat Islam dunia termasuk penderma global termasuk dari Malaysia yang mendoakan untuk kejayaan ini,”€ katanya ketika dihubungi Harian Metro, di sini, hari ini.

Selain pemilik asal bangunan iaitu Nagafuchi dari Saitama, majlis ringkas penyerahan kunci bangunan itu yang selesai kira-kira jam 12 tengah hari tadi turut dihadiri Naib Pengerusi CICC Hajj Kyoichiro Sugimoto, imam Otsuka serta Pengerusi Persatuan Halal Nippon Asia (NAHA) Dr Saeed Akhtar.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 September 2016 @ 2:46 PM