Keadaan letusan Gunung Barujari  di Lombok, hari ini. - Foto AP
Keadaan letusan Gunung Barujari di Lombok, hari ini. - Foto AP
Reuters

Jakarta: Pihak berkuasa Indonesia memindahkan ratusan pelancong selepas gunung berapi, Gunung Barujari dalam rangkaian Gunung Rinjani di Lombok, meletus hari ini, dan sedang mengesan kira-kira 50 pendaki.

Laluan masuk ke gunung yang popular dalam kalangan pendaki itu kini ditutup dan mengarahkan orang ramai serta penduduk berada sejauh tiga kilometer dari kaki gunung berkenaan.

Agensi Pencegahan Bencana Indonesia menyatakan 1,023 pelancong, termasuk 639 rakyat asing berada di Taman Negara Gunung Rinjani ketika letusan gunung berapi berkenaan pada tengah hari, hari ini.

Pegawai di taman negara itu, Daniel Rosang, berkata dianggar 50 pendaki masih berada di kawasan pendakian namun dia percaya mereka selamat.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 September 2016 @ 7:45 PM