Gunung Rinjani di Lombok yang menjadi tumpuan ramai pendaki.
Gunung Rinjani di Lombok yang menjadi tumpuan ramai pendaki.
Agensi

Jakarta: Pendakian ke Gunung Rinjani di Nusa Tenggara Barat, Indonesia secara rasmi ditutup mulai 1 Januari lalu, hingga 1 Mac ini dan akan dibuka semula pada 1 April.

Kompas.com melaporkan, Taman Negara Rinjani mengeluarkan notis penutupan itu melalui surat daripada Ketua Pengarah Konservasi Sumber Daya Alam dan Ekosistem Kementerian Lingkungan Hidup dan Kehutanan.

Penutupan itu berikutan faktor cuaca termasuk hujan lebat dan angin kencang di Pulau Lombok terutama Lombok Utara, Lombok Tengah, dan Lombok Timur antara Januari hingga Mac 2017, yang dikhuatiri membahayakan pengunjung ke gunung berkenaan.

Penutupan itu juga bagi membolehkan kerja pemulihan ekosistem sepanjang laluan pendakian, termasuk Desa Sembalun dan Desa Senaru.

Sebelum ini, pendakian Gunung Rinjani pernah ditutup pada 15 September tahun lalu, berikutan letusan di gunung berapi Barujari.

Gunung Rinjani antara gunung berapi berstatus aktif di Pulau Lombok, Nusa Tenggara Barat, Indonesia, dengan ketinggian 3.726 meter dari aras laut.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 January 2017 @ 12:08 AM