Keadaan tiga kenderaan yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Berungis - Tenghilan, Tuaran. - Foto MOHD ADAM ARININ
Keadaan tiga kenderaan yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Berungis - Tenghilan, Tuaran. - Foto MOHD ADAM ARININ
Mohd Ruzaini Zulkepli


Tuaran: Seorang wanita cedera parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan termasuk sebuah pacuan empat roda dinaiki Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Masiung Banah di simpang tiga berhampiran Marabahau Spur, Jalan Berungis-Tenghilan, Tuaran, 30 pagi tadi.

Dalam kejadian 9.30 pagi itu, Lily Tang Yien Ping, 22, cedera parah di kepala akibat tersepit dalam Perodua Axia dipandunya dan dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk rawatan.

Masiung bersama tiga ahli rombongannya yang menaiki Toyota Land Cruiser dikatakan dalam perjalanan menghadiri Hari Belia anjuran Kementerian Belia dan Sukan di Kota Belud dirasmikan Menterinya, Khairy Jamaluddin apabila terbabit dalam kemalangan itu.

Ketua Polis Daerah Tuaran Deputi Superintendan Abdul Fuad Abdul Malek ketika dihubungi berkata, itu, Perodua Axia dipandu wanita berkenaan bersama tiga penumpang dipercayai keluar dari satu simpang mengakibatkan Toyota Land Cruiser berkenaan gagal mengelak.

"Toyota Land Cruiser itu merempuh kenderaan dinaiki mangsa. Impak rempuhan itu menyebabkan sebuah Perodua Kancil yang berhenti di susur menunggu simpang tiga terbabit juga dirempuh Peroda Axia berkenaan," katanya.

Menurutnya, Masiung bersama tiga ahli rombongannya serta pemandu Perodua Kancil tidak cedera.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 September 2016 @ 4:23 PM