Tumpahan asid di Makmal Sains SM St Gabriel, Jalan Perwira, di sini, hari ini. FOTO ihsan bomba
Tumpahan asid di Makmal Sains SM St Gabriel, Jalan Perwira, di sini, hari ini. FOTO ihsan bomba
Asmah Rusman


Kuala Lumpur: Rak menempatkan asid runtuh dan balang asid itu pecah di lantai menyebabkan berlaku tumpahan empat liter cecair itu di Makmal Sains Sekolah Menengah (SM) St Gabriel, Jalan Perwira, di sini, hari ini.

Ketua Pusat Gerakan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Samsol Maarif Saibani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.59 tengah hari berhubung kejadian itu.

Katanya, setibanya anggota di lokasi kejadian mendapati terdapat rak menempat asid runtuh dan pecah di lantai.

"Dianggarkan tumpahan asid sebanyak empat liter yang terdiri daripada Phosphorus, Nitrium, Sodium dan Lithium.

"Pasukan HAZMAT bertindak meneutralkan bahan kimia berkenaan dengan mengasingkannya mengikut sembilan kelas bahan kimia merbahaya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 September 2016 @ 4:00 PM