Suasana di lokasi kejadian tumpahan asid hidroklorik universiti swasta di Taman Connaught, Cheras, pagi tadi. FOTO ihsan bomba
Suasana di lokasi kejadian tumpahan asid hidroklorik universiti swasta di Taman Connaught, Cheras, pagi tadi. FOTO ihsan bomba
Mohd Fadly Samsudin

Kuala Lumpur: Sekumpulan penuntut universiti swasta di Taman Connaught, Cheras, di sini, diarahkan keluar dari makmal selepas berlaku tumpahan asid hidroklorik, pagi tadi.

Kejadian 10.40 pagi itu turut menyebabkan seorang penuntut wanita berusia 28 tahun sesak nafas.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 10.43 pagi.

Menurutnya, kejadian dilaporkan berpunca apabila balang berisi 2.5 liter bahan kimia itu terjatuh dan pecah selepas dilanggar seorang penuntut ketika berada di dalam makmal berkenaan.

"Seramai 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheras dan BBP KLCC Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) dikerahkan ke lokasi untuk melakukan tindakan pembersihan di lokasi.

"Pihak kami sudah mengarahkan semua penghuni mengosongkan bangunan bagi mengelak mereka terhidu bahan kimia berkenaan,"katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Ogos 2016 @ 1:46 PM