PEMAIN Real Madrid, James Rodriguez (tengah) membuat percubaan ke arah gol Espanyol.
PEMAIN Real Madrid, James Rodriguez (tengah) membuat percubaan ke arah gol Espanyol.
AFP

Madrid: Tanpa kelibat Cristiano Ronaldo dan Gareth Bale, Real Madrid tetap berjaya melakar rekod 16 kemenangan aksi liga secara berturut-turut selepas mengetepikan Espanyol 2-0 kelmarin.

James Rodriguez kembali disenaraikan dalam kesebelasan utama dan dia meledak jaringan pada hujung babak pertama sebelum Karim Benzema melengkapkan kemenangan ketika permainan berbaki 20 minit.

Kemenangan itu membolehkan Real kembali di depan Barcelona dan Las Palmas dengan kelebihan tiga mata selain menyamai rekod 16 kemenangan berturut-turut di La Liga yang dicatat Barca ketika dikendalikan Pep Guardiola pada musim 2010/11.

“Saya gembira bukan saja disebabkan jaringan James dan Karim tapi apa yang lebih penting prestasi keseluruhan,” kata jurulatih Madrid Zinedine Zidane.

“Mereka mempunyai bakat untuk mengubah perlawanan tapi apa yang penting mereka bekerja keras sebagai satu pasukan.”

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 September 2016 @ 6:03 AM