KUCHING 06 APRIL 2016. Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya Negeri Sarawak menyusun peti undi untuk dihantar ke seluruh bahagian Sarawak menjelang pilhan raya negeri Sarawak ke 11. Dewan Undangan Negeri Sarawak akan dibubar pada 11 April. NSTP/MUHD ZAABA ZAKERIA
KUCHING 06 APRIL 2016. Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya Negeri Sarawak menyusun peti undi untuk dihantar ke seluruh bahagian Sarawak menjelang pilhan raya negeri Sarawak ke 11. Dewan Undangan Negeri Sarawak akan dibubar pada 11 April. NSTP/MUHD ZAABA ZAKERIA
Hayati Ibrahim


Putrajaya: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan dakwaan Kajian Semula Persempadanan yang dilakukan suruhanjaya itu bertujuan demi kepentingan pihak tertentu.

Pengerusinya Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata, SPR sudah menjalankan peranan dan tanggungjawab sebagaimana diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, kuasa untuk meluluskan syor itu terletak dibawah bidang kuasa Dewan Rakyat dan setiap ahli Parlimen boleh membahaskannya ketika perbentangan di dewan berkenaan kelak.

"SPR menyarankan mana-mana pihak berkelayakan di bawah perundangan dalam membuat sebarang bantahan atau representasi harus mengambil peluang dalam tempoh ditetapkan untuk turut serta, dan bukannya membuat tuduhan melulu terhadap badan ini.

"SPR amat mengalu-alukan setiap bantahan dan representasi, namun ia perlu dikemukakan secara rasmi mengikut saluran dan perundangan ditetapkan,"katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sebelum ini, SPR mempamerkan syor Kajian Semula Persempadanan bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Semenanjung dan Sabah bermula 15 September lalu hingga 14 Oktober ini.

Kajian dilaksanakan mengikut Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan dan pindaan kepada Fasal (2) Perkara 14 Perlembagaan Negeri Sabah yang diwartakan pada 18 Ogos lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 September 2016 @ 2:54 PM