Kuala Lumpur: DRB-HICOM Berhad mengumumkan ganjaran pakej umrah kepada tiga pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Rio 2016 bersama ibu bapa mereka.

Dalam kenyataan di sini, hari ini, Pengarah Urusan Kumpulan itu, Datuk Sri Syed Faisal Albar, berkata ia bagi menghargai pengorbanan, usaha dan kerja keras mereka berlatih untuk ke temasya itu yang kini menghasilkan kejayaan cemerlang.

“Kita tidak pernah menyangka akan mendengar lagu Negaraku dimainkan di temasya sukan sebesar itu yang menjadikan kita amat bangga dengan mereka.

“Sehubungan itu DRB-HICOM berbesar hati menyediakan pakej umrah kepada wira kita,” katanya.

Mohamad Ridzuan Mohd Puzi, 29, memberi pingat emas pertama melalu acara olahraga 100m T36 (celebral palsy) Sabtu lalu, diikuti Muhammad Ziyad Zolkefli, 26, melalui acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran) dan malam tadi, Abdul Latif Romly, 19, menambah emas ketiga melalui lompat jauh T20 (masalah pembelajaran).

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 September 2016 @ 7:12 PM