ANGGOTA APMM menolong mangsa. FOTO ihsan APMM

Aizat Sharif

Kangar: Seramai 51 orang daripada 12 keluarga di sekitar Bukit Tebing Tinggi di Bintong, Kangar terpaksa dipindahkan selepas kediaman mereka dinaiki air akibat hujan, semalam.

Kebanyakan penduduk terjejas adalah keluarga yang tinggal berhampiran Projek Lencongan Banjir Barat (LBB) Timah Tasoh yang sedang giat dijalankan di sekitar kawasan berkenaan.

Sumber Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APMM) Perlis berkata, hujan 3 petang semalam menyebabkan air di kawasan lembangan Sungai Tebing Tinggi meningkat sehingga kawasan kediaman di sekitar kawasan sungai dan juga projek berkenaan dinaiki air pada paras buku lali.

"Sehingga 5 pagi tadi, mangsa yang dipindahkan terdiri daripada 22 lelaki, 15 wanita, 13 kanak-kanak dan seorang bayi yang kini ditempatkan di Pusat Penempatan Banjir di Sekolah Kebangsaan Bintong, Kangar," kata sumber berkenaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Ahli Dewan Undangan Bintong, Rela Ahmad turut hadir melawat dan memberi sumbangan makanan kepada mangsa.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 September 2016 @ 8:11 AM