SITI jalani gaya hidup sihat sebagaimana disarankan pakar perubatan.
SITI jalani gaya hidup sihat sebagaimana disarankan pakar perubatan.

Penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza baru-baru ini memuat naik gambarnya di Instagram bersama belon yang tertulis ‘It’s a boy’ dan menulis kapsyen ‘Tumpang berangan kat belon orang’.

Ia sekali gus membuatkan ramai tertanya-tanya sama ada penyanyi nombor satu negara ini hamil sekali lagi dan mahu berkongsi berita baik itu dengan peminatnya.

“Nak berangan jap, Siti tumpang gembira. Tak kena bayar kalau berangan, kan?” kata Siti sekali gus menafikan dia hamil.

Siti berkata, tidak salah sekiranya dia menyimpan angan-angan dan tumpang gembira dengan rezeki orang lain.

Awal Disember lalu Siti mengalami keguguran ketika kandungannya berusia dua bulan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 September 2016 @ 5:00 AM