TIGA sabahat yang terkandas di Gunung Serapi, Taman Negara Kubah Ria, Matang diselamatkan anggota bomba. FOTO ihsan bomba
TIGA sabahat yang terkandas di Gunung Serapi, Taman Negara Kubah Ria, Matang diselamatkan anggota bomba. FOTO ihsan bomba
Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail


Kuching: Tiga sahabat terkandas kira-kira sejam di Gunung Serapi, Taman Negara Kubah, Matang, di sini akibat keletihan, hari ini.

Ketiga-tiga penuntut institusi pengajian tinggi berusia 27 tahun itu berjaya dibawa turun kira-kira jam 7 malam tadi dengan bantuan anggota bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya Muhd Mirza Dzalmira Miraj berkata, mangsa mendaki gunung kira-kira 3 petang.

Bagaimanapun, ketika turun mereka berhenti pada ketinggian 274 meter kerana terlalu penat.

"Mangsa juga dikatakan hampir pengsan menyebabkan mereka membuat keputusan untuk menghubungi talian kecemasan.

"Bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 6.11 petang dengan satu pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya ke lokasi kejadian," katanya.

Mirza berkata, ketiga-tiga mangsa ditemui dalam keadaan selamat pada 7.02 malam.

Katanya, mangsa dibawa turun ke kaki gunung dan menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum dibenarkan pulang.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 September 2016 @ 9:04 PM