MAYA mahu watak berbeza walaupun tak tertekan sering dikaitkan karakter seram.
MAYA mahu watak berbeza walaupun tak tertekan sering dikaitkan karakter seram.
Michelle Gun


Sepi tanpa filem baru tidak bermakna dia sudah tidak laku sebagai heroin. Maya Karin masih menjadi pilihan utama penerbit filem tempatan namun dek cerewet dengan watak, banyak tawaran ditolaknya sejak tiga tahun lalu.

Jelas pelakon dan penyanyi terkenal ini, kalau ada pun berkenan di hati ada saja kekangan termasuk pertindihan jadual kerja dan masalah kesihatan.

“Alhamdulillah, tawaran berlakon tak pernah putus.

Baru-baru ini saya terpaksa menolak dua tawaran kerana watak yang ditawarkan sama dengan lakonan saya dalam Jwanita,” katanya.

Mencipta nama menerusi filem Pontianak Harum Sundal Malam, pemilik nama sebenar Maya Karin Roelcke ini tidak tertekan apabila sering dikaitkan dengan karakter seram.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 September 2016 @ 5:48 AM