MAHDZIR beramah mesra dengan penuntut selepas menyampaikan sumbangan. FOTO Muhd Adib
MAHDZIR beramah mesra dengan penuntut selepas menyampaikan sumbangan. FOTO Muhd Adib
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Nerang: Kementerian Pendidikan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku sepanjang peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 termasuk bencana alam seperti banjir dan jerebu.

Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, Lembaga Peperiksaan (LP) sudah membaut persediaan awal untuk menghadapi sebarang kemungkinan bagi menjamin kelancaran sepanjang peperiksaan UPSR berlangsung.

Menurutnya, persediaan itu termasuklah daripada segi kertas peperiksaan, pengawas peperiksaan dan pusat peperiksaan bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar seperti dijadualkan.

"Kita ada pelan A dan B jika berlaku sebarang kemungkinan termasuk banjir atau jerebu supaya peperiksaan itu dapat berjalan seperti biasa.

"Kita juga memberi jaminan tidak akan berlaku kebocoran soalan peperiksaan UPSR seperti yang berlaku sebelum ini namun jika masih berlaku ia di luar kemampuan Kementerian namun Lembaga Peperiksaan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada penuntut Universiti Awam (UA) dan swasta Padang Terap di sini, hari ini.

Seramai 452,721 calon akan menduduki peperiksaan UPSR 2016, 5 hingga 8 September ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 September 2016 @ 3:47 PM