LIM Guan Eng. FOTO file NSTP Ramdzan Masiam
LIM Guan Eng. FOTO file NSTP Ramdzan Masiam
Oleh Hadzlihady Hassan


Georgetown: Kerajaan negeri akan menggunakan tema Sehati, Sejiwa seperti diumumkan kerajaan Pusat pada sambutan kemerdekaan tahun ini.

Keputusan itu diumumkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng pada sidang media di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), di sini, selepas mempengerusikan Mesyuarat EXCO tergempar, pagi tadi.

Sebelum ini,'Bersih, Cekap, Amanah' diumumkan minggu lalu sebagai tema sambutan kemerdekaan peringkat negeri ini.

Berikutan itu, dua agensi kerajaan persekutuan iaitu Jabatan Pendidikan Negeri dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) masing-masing mengumumkan tidak terbabit dalam sambutan kemerdekaan di peringkat negeri.8

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Ogos 2015 @ 2:03 PM