Misha dapat anak sulung. FOTO NSTP
Misha dapat anak sulung. FOTO NSTP
Syafil Syazwan Jefri

Kuala Lumpur: Penyanyi, Misha Omar, 34, selamat melahirkan bayi sulungnya pada jam 10.20 malam tadi.

Bayi lelaki seberat 2.05 kilogram itu dilahirkan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras, di sini.

Pengurus yang juga kakak kepada penyanyi itu, Mimi Omar berkata, Misha dan bayinya masih ditempatkan di hospital berkenaan dan belum dibenarkan pulang.

“€œDoktor masih belum membenarkan Misha dan bayi untuk pulang memandangkan bayi itu masih di bawah pemerhatian kerana kelahiran pra-matang.

“€œMisha bersalin tiga minggu lebih awal daripada tarikh jangkaan, namun semuanya dalam keadaan baik dan mereka tidak mengalami sebarang masalah,”€ katanya.

Bayi yang belum diberi nama ini ialah hasil perkongsian hidup Misha dengan suami, Firos Ezzwan Rossly, 34, selepas bernikah pada 2 Mei 2014.

Misha sebelum ini mengambil dua anak angkat iaitu Muhammad Adam Emir, 10 dan Humaira Lateefa, 4.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Ogos 2016 @ 2:11 PM