GAMBAR yang viral di Facebook dan WhatsApp.
GAMBAR yang viral di Facebook dan WhatsApp.
Raja Noraina Raja Rahim


Rembau: Polis menafikan berlaku cubaan culik kanak-kanak di dua tadika di Astana Raja dan Sungai Layang di sini, yang menjadi viral di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp, hari ini.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Ibrahim Sharif berkata, tiada kejadian cubaan culik menggunakan van putih seperti yang dihebohkan itu berlaku.

Menurutnya, pihaknya sudah melakukan pemeriksaan dan setakat ini, polis tidak menerima sebarang laporan mengenai dua kejadian itu.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada penduduk yang peka dengan keadaan sekeliling dan meminta orang ramai melaporkan kepada polis sekiranya melihat perkara mencurigakan.

Viral yang disebarkan sejak semalam mendakwa tadika di Astana Raja ditutup kerana ada cubaan culik dan orang ramai melihat sebuah van putih berlegar-legar berhampiran sebuah tadika di Sungai Layang.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Ogos 2016 @ 6:05 PM