MANGSA meninggal dunia di lokasi kejadian. FOTO Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi
MANGSA meninggal dunia di lokasi kejadian. FOTO Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi
Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi


Parit Buntar: Lelaki warga emas maut selepas motosikal ditunggang terbabas dan melanggar tiang elektrik di hadapan Masjid Jamek Batu 14, Kuala Kurau, hari ini.

Dalam kejadian 11.40 pagi itu, mangsa Abd Hamid Mohamed, 75, dikatakan dalam perjalanan ke rumahnya, di sini sejurus melakukan pemeriksaan kesihatan di Klinik Kesihatan Kuala Kurau.

Mangsa dikatakan terbabas sendiri dan meninggal dunia di lokasi kejadian berikutan kecederaan pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Kerian,Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Menurutnya mangsa dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk dibedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Ogos 2016 @ 2:44 PM