NAIB Presiden, Jualan dan Pemasaran MBM, Mark Raine (kiri) bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MBM, Dr Claus Weidner melancarkan model GLC pemasangan tempatan. FOTO Lizam Ridzuan
NAIB Presiden, Jualan dan Pemasaran MBM, Mark Raine (kiri) bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MBM, Dr Claus Weidner melancarkan model GLC pemasangan tempatan. FOTO Lizam Ridzuan
Lizam Ridzuan


Pekan: Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd (MBM) melancarkan model pemasang tempatan untuk kenderaan utiliti sukan (SUV) GLC 250 4Matic hari ini.

Model yang dilancarkan pada awal 2016 itu kini dipasang di kilang pemasangan MBM di Pekan, Pahang yang mampu mengeluarkan 12 unit model GLC setiap hari.

Antara ciri utama yang sedikit berbeza daripada versi import sepenuhnya sebelum ini termasuk ditambah dengan ‘Touchpad with Controller’ untuk kawalan mudah sistem maklumat dan hiburan, cahaya ambien dengan tiga warna berbeza untuk pencahayaan dalaman teknologi LED penuh, ruang simpanan tambahan dan panel ambang pintu dengan perkataan Mercedes-Benz ciri sporty.

Ciri-ciri lain masih kekal sama termasuk enjin 1,991 cc, transmisi kelajuan 9G-Tronic, pacuan semua roda, rim aloi 20 inci AMG, kamera 360 darjah, bumbung matahari dan sistem multimedia Burmester.

Harga yang dicadangkan untuk GLC 250 4Matic pemasangan tempatan ini ialah RM325,888 (atas jalan tanpa insurans) dengan empat tahun waranti dan ia boleh ditempah mulai hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Ogos 2016 @ 7:23 PM