PENGURUS Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad. FOTO Arkib NSTP
PENGURUS Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad. FOTO Arkib NSTP
Michelle Gun


Shah Alam: Astro akan menyiasat dakwaan mengenai seorang daripada peserta lelaki Akademi Fantasia 2016 (AF2016) menjalin hubungan sulit dengan isteri pelawak popular.

Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad berkata, pihaknya tidak tahu-menahu mengenai perkara itu sehingga ia dibangkitkan dalam kalangan pengguna laman sosial.

"Saya sendiri terkejut mendengar perkara ini dan kami akan menyiasat dakwaan berkenaan.

"Seboleh-bolehnya, kami mahu semua peserta AF2016 bersih daripada sebarang kontroversi," katanya selepas Konsert Minggu Pertama AF2016 di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam, di sini, malam tadi.

Raqim berharap perkara itu bukan salah laku membabitkan hubungan sulit dengan isteri orang.

Terdahulu, peserta terbabit dikatakan sering menyanyi bersama isteri pelawak itu di aplikasi Smule dan dikatakan menjadi punca keretakan rumah tangga pasangan berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Ogos 2016 @ 12:20 PM