V Shem (kanan) dan Wee Kiong membalas pukulan gandingan China Fu Haifeng dan Zhang Nan pada final. FOTO NSTP/ROSLI RAHMAT
V Shem (kanan) dan Wee Kiong membalas pukulan gandingan China Fu Haifeng dan Zhang Nan pada final. FOTO NSTP/ROSLI RAHMAT
Hamdan Saaid & Esme Johari Wahab


Kuala Lumpur: Pasangan Goh V Shem-Tan Wee Kiong meraih pingat perak selepas tewas kepada gandingan China, Fu Haifeng-Zhang Nan pada final badminton beregu Sukan Olimpik Rio, hari ini.

Beregu utama negara itu kalah saingan tiga set mendebarkan 21-16, 11-21, 21-23.

Mereka tewas dalam tempoh 65 minit kepada beregu nombor empat dunia itu.

Sebelum aksi final, mereka mendahului 2-1 dari segi rekod pertemuan selepas mengatasi lawan 16-21, 21-15, 21-18 sekali gus muncul juara kumpulan di Rio.

Beregu sebelum ini Cheah Soon Kit-Yap Kim Hock turut gagal melakukannya apabila meraih perak di Atlanta 1996 manakala Razif-Jalani Sidek membawa pulang pingat gangsa di Barcelona 1992, kali pertama badminton dipertandingkan pada temasya itu.

Harapan pingat emas kini disandarkan kepada pemain perseorangan lelaki dan ranking pertama dunia, Datuk Lee Chong Wei yang akan beraksi pada final menentang Chen Long dari China, jam 8.20 malam ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Ogos 2016 @ 1:16 AM