KHARUL Anwar (kiri) dan Salamon  menyampaikan sumbangan kepada Pak Din di pondoknya, baru-baru ini.
KHARUL Anwar (kiri) dan Salamon menyampaikan sumbangan kepada Pak Din di pondoknya, baru-baru ini.
Mohd Sah Muda


Penderitaan seorang warga emas, Zainindin Maarof, 78, yang tinggal di pondok usang di kawasan Buku Hijau Kampung Pengkalan Batu, Merisng, mendapat perhatian Majlis Agama Islam Johor (MAIJ).

Dia dikunjungi Penolong Amil Baitulmal MAIJ Daerah Khairul Anwar Isnin, Ketua Kampung Peng

kalan Batu Salamon Salieo dan kakitangan MAIJ bagi menyampaikan sumbangan RM300 dan barangan keperluan harian, baru-baru ini.

NUANSA minggu lalu menyiarkan penderitaan Zainindin atau lebih dikenali sebagai Pak Din terpaksa menumpang di pondok using atas belas ihsan seorang penduduk kampung berkenaan sejak 13 tahun lalu.

Tidak mempunyai bekalan air paip dan elektrik, pondok usang berkenaan terletak kira-kira satu setengah kilometer dari kampung berkenaan dan perlu melalui jalan tanah merah yang hanya boleh dilalui motosikal.

Pak Din sebelum ini pernah tinggal di Desa Bina Diri (DBD) iaitu sebuah pusat pemulihan kutu rayau di Kampung Sawah Datuk, Mersing, selama dua tahun.

Bagaimanapun, dia dikeluarkan pihak berkenaan dengan alasan sudah boleh berdikari.

Dia tinggal sebatang kara kerana tiada keluarga dan tidak pernah berkahwin kerana mempunyai penyakit darah kotor.

Pak Din yang berasal dari Suluh Rantau, Negeri Sembilan mempunyai dua adik perempuan yang sudah berkeluarga dan pernah tinggal di Kuala Lumpur menjadi pemandu lori, namun terpaksa berhenti kerja disebabkan masalah kesihatan.

Warga emas itu kini uzur dan tidak boleh berjalan seperti biasa kerana kaki kirinya bengkak sehingga terpaksa mengharapkan belas kasihan orang ramai.

Khairul Anwar berkata, pihaknya cuba membaik pulih pondok usang didiami warga emas itu atau menempatkan Pak Din di rumah Mesra Rakyat di daerah ini.

Bagaimanapun, katanya, warga emas itu berkeras tidak mahu dipindahkan kerana lebih selesa tinggal di situ selagi ada hayatnya.

Katanya, pengalaman dirasai ketika tinggal di Desa Bina Diri membuatkan Pak Din lebih tenang dan selesa tinggal di pondok berkenaan walaupun jauh daripada orang ramai.

“Semoga sumbangan ini dapat meringankan sedikit beban ditanggung Pak Din buat sementara waktu sebelum bantuan lain menyusul,” katanya.

Khairul Anwar berkata, beliau akan mencari jalan terbaik untuk membantu warga emas itu bersama Salamon.

Sementara itu, Pak Din berterima kasih kepada semua pihak yang sudi melawat dan menyampiakan sumbangan berkenaan.

“Sumbangan ini dapat meringankan beban kerana saya sudah lama tidak dapat bekerja kerana uzur,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Ogos 2016 @ 2:52 PM