Koi Kian Boon hilang dipercayai lemas selepas mandi di Pantai Chenang, petang tadi. FOTO ihsan pembaca
Koi Kian Boon hilang dipercayai lemas selepas mandi di Pantai Chenang, petang tadi. FOTO ihsan pembaca
Hamzah Osman


Langkawi: Lelaki berusia 21 tahun hilang dipercayai lemas, manakala dua lagi rakannya terselamat ketika mandi di Pantai Chenang, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 2.20 petang itu, mangsa yang hilang dikenal pasti sebagai Koi Kian Boon manakala dua rakannya yang terselamat adalah Tea Wei Jie dan Leong Zhen Yen, masing-masing berusia 21 tahun.

Gerakan mencari dan menyelamat mangsa yang hilang dilakukan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan polis.

Pengarah Maritim Wilayah Utara Laksamana Pertama Maritim, Tan Kok Wee berkata, APMM Langkawi mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sejurus menerima panggilan kecemasan pada 2.33 petang.

"Setakat ini, mangsa yang hilang belum dijumpai, manakala dua rakannya yang terselamat sudah dihantar ke Hospital Langkawi dengan ambulans untuk menerima rawatan.

"Jika keadaan tidak mengizinkan operasi SAR akan ditangguhkan dan disambung semula esok pagi," katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan petang ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Ogos 2016 @ 5:48 PM