Kalidevi Mogan Kumarappa


Pulau Pinang: Terkial-kial belajar memandu kereta bersendirian tanpa diawasi tenaga pengajar. Itu nasib dialami seorang remaja perempuan ketika berlatih membawa kereta di sebuah institut memandu di Georgetown di sini.

Itu yang dikesan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hasil operasi besar-besaran memerangi institut memandu seluruh negara yang culas dan tidak beretika ketika mengajar pelatih.

Hasil risikan dilakukan pegawai JPJ mendapati calon berusia 19 tahun itu yang bakal menduduki ujian praktikal JPJ dalam tempoh lima hari melakukan kesalahan ketika melalui tanjakan (Ramp) sebanyak tujuh kali.

Malangnya tiada tenaga pengajar institut memandu itu yang membantu calon terbabit sebelum perkara itu disedari bapa remaja itu sebelum aduan dibuat.

Lebih mengejutkan apabila tenaga pengajar di situ memberi alasan kononnya itu adalah taktik latihan kepada setiap calon.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Ogos 2016 @ 8:53 AM