Oleh Nor Akmar Samudin


Andai artis lain masih terkial-kial mencari tapak dalam industri seni, Ayda Jebat, 23, sudah jauh berlari. Hanya dengan satu penampilan menerusi drama rantaian, Rindu Awak 200% yang mengisi slot Akasia TV3, Ogos tahun lalu, namanya menjadi sebutan.

Tuah Ayda apabila bergandingan dengan hero pujaan ramai, Zul Ariffin.

Dalam tempoh dua tahun, anak jati Melaka ini terus melakar pelbagai kejayaan sehingga timbul persoalan tiadakah kebimbangan di hatinya?

Tegas pemilik nama sebenar Nur Suhada Jebat ini, apabila menyertai Akademi Fantasia 2014 (AF2014), dia sudah dengar ayat ‘cepat naik, cepat turun’.

“Saya tidak pernah gerun dengan ayat itu kerana percaya dengan rezeki. Andai gigih berusaha, insya-Allah boleh bertahan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Ogos 2015 @ 6:47 AM