BARISAN artis yang terbabit dalam Konsert Gempak Santai HM.
BARISAN artis yang terbabit dalam Konsert Gempak Santai HM.
BARISAN artis yang terbabit dalam Konsert Gempak Santai HM.
BARISAN artis yang terbabit dalam Konsert Gempak Santai HM.
BARISAN artis yang terbabit dalam Konsert Gempak Santai HM.
BARISAN artis yang terbabit dalam Konsert Gempak Santai HM.
BARISAN artis yang terbabit dalam Konsert Gempak Santai HM.
BARISAN artis yang terbabit dalam Konsert Gempak Santai HM.
Oleh Ridzuan Abdul Rahman

Akhbar nombor satu negara, Harian Metro sentiasa tampil dengan program istimewa sebagai usaha mendekati pembaca dan tanda terima kasih kepada sokongan yang diberikan.

Jika pada 6 dan 7 Disember lalu, disajikan dengan aktiviti menarik menerusi program Karnival HM Padat di pekarangan Stadium Malawati, Shah Alam, minggu ini masyarakat sekitar Lembah Klang boleh menyertai pelbagai acara menerusi Gempak Santai HM yang berlangsung di i-City Shah Alam bermula hari ini dan esok.

Seperti biasa sebanyak 15,000 tiket masuk ke taman tema itu disediakan secara percuma kepada pembaca bertuah. Mereka hanya perlu menukar 20 keping kepala akhbar HM untuk dua tiket masuk.

Pelbagai acara yang sesuai untuk semua golongan menanti pengunjung kerana i-City bukan saja mempunyai taman tema, malah pelbagai lagi tarikan lain antaranya Submarine Studio, Typhoon dan Muzium Lilin.

Juga turut terdapat pelbagai acara lain antaranya pencarian harta karun, karaoke santai, permainan tradisional dan Giant Board Game yang menawarkan wang tunai lumayan.

Seperti kebiasaannya, program Gempak Santai turut dimeriahkan dengan penganjuran Konsert Gempak Santai HM yang menampilkan barisan artis popular iaitu Anis Aneesa, Aisyah dan Indah AF 2013, Encik Mimpi, Forteen serta Sixth Sense.

Konsert yang akan menampilkan pengacara Azrul Raja Lawak akan berlangsung malam ini bermula jam 8.30 malam sehingga 11.45 malam.

Selain konsert, peminat juga boleh bergambar dengan artis pujaan dan pastinya pengunjung yang hadir tidak akan melepaskan peluang keemasan yang jarang diperolehi ini.

Semua artis yang terbabit untuk konsert ini melahirkan perasaan gembira apabila diberi peluang untuk bertemu peminat. Mereka berjanji akan menampilkan persembahan menarik agar pengunjung terhibur.

Anis yang dikenali menerusi lagu Qasidah Cinta berkata, dia teruja apabila diberikan peluang beraksi bersama artis lain untuk menghiburkan peminat.

"Terima kasih kepada Harian Metro kerana sudi memilih pilih saya. Memandangkan ini kali pertama terbabit, saya akan tampilkan kelainan dengan menyanyikan lagu berentak dangdut, Hindi dan lagu terbaru ciptaan Ajai," katanya.

Begitu juga dengan Encik Mimpi yang berhasrat memberikan persembahan terbaik dan dikenang peminat yang hadir.

"Tentunya konsert ini menjadi pentas untuk saya buktikan kemampuan menyanyi secara 'live' di depan peminat. Saya akan menyampaikan lagu Rindukanlah dan Ayuh Tinggalkan Dia," katanya.

Seperti artis lain, Indah turut teruja untuk bertemu peminat. Apatah lagi konsert ini dianjurkan di taman tema popular yang menjadi tumpuan ramai terutama pada musim cuti sekolah.

"Selama ini saya hanya dengar mengenai keseronokan program Gempak Santai, tak sangka kali ini terpilih pula untuk beraksi. Khas untuk peminat, saya akan menyampaikan lagu Percayalah dan Mercy," katanya.

Sementara itu, selain mengacara Azrul juga akan menghiburkan peminat dengan lagu Putih-Putih Melati dan single kedua ciptaannya berjudul Seandainya yang dicipta khas untuk keluarga mangsa nahas pesawat MH370 dan MH17.

"Alhamdulillah, saya terpilih lagi buat kali kedua untuk mengacara Konsert Gempak Santai HM di i-City. Saya berjanji akan menghiburkan semua serta menyelitkan info menarik dalam HM buat peminat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Disember 2014 @ 5:05 AM