Siti Nor Hidayatidayu Razali


Kota Bharu: Tahanan reman terhadap wanita berusia 32 tahun yang dipercayai mengelar leher bayi perempuannya berusia dua bulan 19 hari hingga mati dilanjutkan seminggu lagi bermula hari ini.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Mohd Firdaus Zainal Abidin di Wad Psikiatri Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini.

Tempoh tahanan reman itu selama seminggu sehingga Jumaat ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sebelum ini, wanita berkenaan direman selama seminggu yang berakhir hari ini.

Harian Metro sebelum ini melaporkan, seorang bayi perempuan berusia dua bulan 19 hari, Nur Areesa Sofea Jiry maut dipercayai dikelar ibunya di kuarters Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas.

Dalam kejadian 2.45 petang itu, mangsa dipercayai dikelar di leher kiri oleh ibunya dengan menggunakan pisau pemotong sayur.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Februari 2017 @ 5:20 PM