Ahmad Razif bersalaman dengan orang ramai yang menyokongnya di pekarangan Wisma Darul Iman. FOTO Rozainah Zakaria
Ahmad Razif bersalaman dengan orang ramai yang menyokongnya di pekarangan Wisma Darul Iman. FOTO Rozainah Zakaria
Helmy Abd Rahman dan Zatul Iffah Zolkiply


Kuala Terengganu: Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abd Rahman dan ADUN Ajil Ghazali Taib tiba di pekarangan Wisma Darul Iman di sini,9.20 pagi tadi untuk menghadiri Persidangan DUN.

ADUN Kijal pula, Datuk Seri Ahmad Said tiba di pekarangan Wisma Darul Iman 9.35 pagi.

Terdapat 50 orang berkumpul di pekarangan Wisma Darul Iman sambil membawa kain rentang menyokong kepimpinan Ahmad Razif.

Mereka melaungkan 'Hidup Menteri Besar' sebaik Ahmad Razif tiba di pekarangan wisma berkenaan.

Kawalan keselamatan oleh pihak keselamatan juga diperketatkan apabila orang ramai termasuk ADUN yang hadir diperiksa sebelum dibenarkan masuk ke dalam bangunan terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Ogos 2016 @ 10:07 AM