MENTERI Besar Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman. Mohd Syafiq Ridzuan Ambak
MENTERI Besar Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman. Mohd Syafiq Ridzuan Ambak
Mohd Nasif Badruddin


Kuala Lumpur: Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abd Rahman kekal dengan jawatannya untuk menerajui negeri itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, perkara berkenaan diputuskan selepas beliau menghadap Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin semalam.

Katanya, pengumuman itu diharap tidak akan menimbulkan sebarang persoalan mengenai kedudukan Ahmad Razif.

"Sekarang ini perlu tumpu kepada tangungjawab dan tugas untuk terus memastikan pentadbiran kerajaan Terengganu berjalan lancar untuk menjamin pembangunan dan kesejahteraan rakyat," katanya dalam sidang media selepas merasmikan sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Menurutnya, pemberian atau penarikan balik darjah kebesaran adalah hak Sultan Terengganu dan beliau tidak mahu masuk campur mengenainya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Mei 2016 @ 1:17 PM