DOE (tengah) melakukan percubaan ke arah gawang Terengganu.
DOE (tengah) melakukan percubaan ke arah gawang Terengganu.
Syah Rul Aswari Abdullah


Maran: FELDA United terus menekan Johor DT apabila seri 2-2 dengan Terengganu di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, malam tadi.

Terengganu tidak menunggu lama untuk membuka jaringan apabila Issey Farran Nakajima menyempurnakan sepakan percuma bagi meledak gol pembukaan skuad Penyu sekali gus meletakkan pelawat di depan pada minit ketujuh.

Selang dua minit kemudian, pemain import dari Kanada itu sekali lagi mencemaskan The Fighters apabila hampir menjaringkan gol kedua ketika penjaga gol FELDA United Mohd Farizal Harun sudah tertewas.

Namun, bola berjaya ditolak keluar Gilberto Carlos Marangoni dan tersentak dengan gol awal pelawat, The Fighters bangkit untuk mencari gol penyamaan namun rembatan pemain import Francis Forkey Doe dari dalam kotak penalti pada minit ke-14 sekadar tersasar ke kanan gawang pelawat.

Anak buah Irfan Bakti Abu Salim yang sebelum ini kalah tipis 0-1 dengan pasukan sama pada aksi Piala Malaysia, memperoleh peluang untuk mencipta jaringan pada minit ke-19, namun percubaan Christie Jayaselan tepat ke dakapan penjaga gol pelawat.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Ogos 2016 @ 10:10 AM