TONG mengandungi hidrogen peroksida dibawa naik atas kapal. FOTO ihsan Bomba
TONG mengandungi hidrogen peroksida dibawa naik atas kapal. FOTO ihsan Bomba
Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor


Port Dickson: Tong berisi hidrogen peroksida yang ditemui di perairan selat Melaka, dekat sini 1.30 petang, semalam akan diserahkan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri untuk tindakan lanjut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBDP) Seremban 2, Yahya Jaafar yang mengetuai Pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) berkata, tong itu sudah dibawa naik ke atas kapal.

Katanya, ia akan dibawa ke jeti berhampiran Jabatan Laut, di sini sebelum diserahkan kepada anggota JAS.

"Kerja membawa tong mengandungi bahan kimia ini 60 peratus siap. Pemeriksaan kali kedua mendapati tiada kebocoran berlaku.

"Tong seberat 18 tan dan mengandungi 21,000 liter hidrogen peroksida dijangka akan tiba di jeti pada 9 malam ini," katanya ketika dihubungi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Ogos 2016 @ 7:48 PM