ANTARA penunggang motosikal yang diperiksa dalam Operasi Bersepadu Khas dan Samseng Jalanan. FOTO ihsan Polis

Hamzah Osman

Langkawi: Dua puluh enam penunggang motosikal berusia 17 hingga 20 tahun disaman kerana melakukan pelbagai kesalahan dalam Operasi Bersepadu Khas dan Samseng Jalanan di Jalan Ayer Hangat dan Padang Matsirat, di sini, awal pagi tadi.

Operasi dua jam berakhir jam 2 pagi disertai lima pegawai dan lapan anggota trafik serta 37 anggota pelbagai unit.

Turut ditahan, seorang lelaki berusia 20 tahun yang disyaki memiliki motosikal curi.

Ketua Bahagian Trafik dan Ketenteraman Awam Langkawi, Asisten Superintendan Mahadhir Mohd Salleh berkata, 11 penunggang motosikal disaman atas kesalahan tiada lesen memandu, lapan berkaitan cukai jalan, manakala selebihnya membabitkan pelbagai kesalahan lain.

Katanya, pihaknya turut mengeluarkan saman terhadap penunggang bawah umur, pengubahsuaian kenderaan dan nombor pendaftaran tidak mengikuti spesifikasi.

"Dalam operasi ini, tiga penunggang motosikal disaman atas kesalahan tidak mempunyai cermin sisi.

"Sebanyak 17 motosikal disita dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi untuk tindakan lanjut," katanya.

Keterangan gambar:

1. Sebahagian 26 penunggang motosikal yang diperiksa dalam Operasi Bersepadu Khas dan Samseng Jalanan oleh anggota polis trafik di Langkawi, awal pagi ini. Gambah Ihsan PDRM

Ends

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Ogos 2016 @ 10:01 AM