IBTIHAJ tekad ubah persepsi negatif  terhadap Islam.
IBTIHAJ tekad ubah persepsi negatif terhadap Islam.
AFP

Rio de Janeiro: Atlet lawan pedang Ibtihaj Muhammad (gambar) memasang tekad untuk memastikan kehadirannya kali ini diberi perhatian, apatah lagi dia bakal menjadi atlet Amerika Syarikat (AS) pertama bertanding di Olimpik sambil mengenakan pakaian muslimah.

Nama atlet Afrika-Amerika berusia 30 tahun itu mula menjadi sebutan sejak Januari lalu selepas disenaraikan dalam skuad lawan pedang AS yang beraksi di Piala Dunia di Greece.

Penyertaan Ibtihaj di Rio hadir di tengah-tengah kempen calon Presiden AS yang turut dicemari dengan retorik anti-Islam selain ancaman dan vandalisme terhadap masjid di seluruh negara itu mencapai tahap memuncak tahun lalu.

Senario itu bagaimanapun bukan sesuatu luar biasa buat Ibtihaj yang sudah berdepan masalah diskriminasi sejak kanak-kanak kerana warna kulit dan tudung dipakainya sering mengundang pandangan serong awam.

“Saya pernah terbabit dalam pelbagai jenis sukan dan pada satu hari, saya dan ibu melihat sekumpulan pelajar sekolah menjalani latihan lawan pedang,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Ogos 2016 @ 6:55 AM